Mengenai Laman Ini



Laman ini ditubuhkan sebagai satu usaha kerjasama dengan Studio 181 Penang, dibawah Al Faqir Ilallah, Ustaz Fauzi Omar, seorang murid Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al Fatoni untuk menghidupkan dan menyuburkan kembali pengajian Kitab Turath, yang juga dikenali sebagai kitab kuning di kalangan penduduk nusantara yang sudah kurang diketahui dan dikenali orang para pencinta ilmu agama kini.

Disamping itu, kami juga menyediakan kemudahan kepada para pengunjung laman ini untuk membeli Kitab Turath yang digunakan oleh Tuan Guru untuk kuliah beliau.

Kami menumpukan kepada kuliah ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang yang merupakan seorang Alim yang mahsyur dan terkenal di selatan Siam, ataupun di panggil Pattani. Kuliah beliau merangkumi seluruh bidang cabang asas untuk seseorang yang mahu mempelajari ilmu agama.

Sebagai pengenalan dan ta'aruf kepada para pengunjung, anda boleh melihat beberapa klip yang dimuatkan di laman ini untuk melihat kaedah dan uslub Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang dalam mengajar kepada penduduk sekitar dan murid beliau.

Semoga Allah memberikan ganjaran ke atas usaha untuk meneruskan legasi perjuangan Ulama silam dan tradisi ilmu, dan juga kepada para penuntut yang ikhlas mahu mendalami ilmu agama. Amin.

'من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين'

-'Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam)'
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



0 comments:

Blogger Template by Clairvo